Friday, 27 May 2016

Laporan Hari Kantin

   Pada 13 Mac 2016,SMK Sultan Ismail telah mengadakan Hari Kantin. Hari Kantin  itu telah diadakan bertempat di kantin dan  kawasan perkarangan  sekolah. Hari Kantin itu telah bermula pada pukul 8.30 pagi.
             

Hari Kantin telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG, Tuan Haji Razak bin Salahuddin. Objektif Hari Kantin ini diadakan untuk mengumpul dana bagi membeli komputer bagi kegunaan pusat sumber sekolah. Selain it
u, bertujuan untuk membaik pulih dan menceriakan kawasan sekolah.

             Beberapa hari sebelum Hari Kantin tersebut diadakan, guru-guru, AJK PIBG serta murid-murid begitu sibuk membuat persiapan. Antaranya, menyediakan bahan-bahan jualan dan juga menyusun atur gerai-gerai jualan di kantin sekolah.Masing-masing berganding bahu melaksanakan tugas demi memastikan kejayaan Hari Kantin tersebut.

             Sebanyak 20 buah gerai telah dibuka untuk mengadakan jualan.Selain daripada makanan dan minuman yang dijual, diadakan juga pertandingan teka kacang, rumah hantu dan aktiviti menunggang kuda.Sebagai menarik perhatian para pengunjung, telah diadakan cabutan nombor bertuah. Pelbagai hadiah menarik telah disediakan.
             Kehadiran para ibu bapa dan murid-murid sungguhmemberangsangkan.Ini mungkin disebabkan promosi yang meluas dilakukan oleh guru-guru melalui kertas edaran dan gantungan sepanduk.

             Hari Kantin ini telah berakhir pada pukul 3.00 petang. Sebelum bersurai guru-guru dan murid-murid bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Secara keseluruhannya, Hari Kantin telah berjaya mencapai sasarannya.

No comments:

Post a Comment