Friday, 27 May 2016
Pengenalan alat muzik Violin
Biola atau violin adalah sejenis alat muzik bertali yang dimainkan dengan mengunakan penggesek biola (bow). Biola mempunyai empat tali dan leher yang tidak mempunyaifret. Ia dimainkan dengan cara menggesek tali-tali tersebut dan hujung biola diletakkan di bahu pemain. Terdapat beberapa alat lain dalam keluarga biola, contohnya viola danselo. Bezanya adalah dari segi saiz (kerana bunyi yang dikeluarkan berbeza), namun cara bermain adalah sama. Biola adalah yang terkecil dan mengeluarkan pic yang paling tinggi. Biola dibuat oleh tukang lut (luthier).
Berita SMK Sultan Ismail
Johor 3 Nov. – Sebanyak 19 pasukan terdiri daripada 57 peserta akan mewakili kontinjen Malaysia untuk memburu gelaran juara keseluruhan buat kali kelima dalam Pertandingan Robotik Dunia (WRO) yang berlangsung di Doha, Qatar bermula Jumaat ini.
Pasukan-pasukan tersebut dipilih oleh Kementerian Pendidikan selepas kejayaan mereka dalam Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) menewaskan 2,830 pasukan sekolah-sekolah rendah dan menengah dari seluruh negara.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin berkata, melalui kejohanan robotik itu, murid-murid sekolah berpeluang untuk memperoleh pengalaman pembelajaran secara ‘hands on’ serta memupuk minat untuk mengukuhkan potensi dan kreativiti mereka.
Menurut beliau, pihak kementerian sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan para pelajar, baik yang bersekolah di bandar mahupun di luar bandar terutama dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).
“Program seperti ini dapat meningkatkan kemahiran murid-murid untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta mengaplikasikan ilmu pengetahuan menggunakan komputer untuk memprogramkan robot masing-masing.
“Pelbagai ciptaan hebat dan persembahan yang mengagumkan telah dipamerkan dalam NRC, saya yakin kontinjen negara mampu beraksi cemerlang dan mengatasi pencapaian pada tahun-tahun lepas,” katanya ketika berucap dalam majlis penghantaran peserta pertandingan itu di sini hari ini.
Malaysia pernah meraih gelaran juara keseluruhan WRO sebanyak empat kali iaitu pada 2009, 2010, 2012 dan 2013.
Tambah Amin, setiap pasukan yang terlibat harus mencerminkan tahap keupayaan, kompetensi dan penguasaan masing-masing terhadap konsep, prinsip, aplikasi ilmu dan kemahiran yang dikuasai dalam usaha memberikan saingan yang hebat kepada pasukan dari seluruh negara.
“Saya menaruh harapan tinggi bahawa kesemua 19 pasukan yang terpilih mewakili negara akan bersaing dengan semangat juang yang tinggi serta mempamerkan kesungguhan dan keupayaan semaksimum mungkin,” katanya.
Sementara itu, seorang peserta dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)Sultan Ismail Johor, Nurain Farzana, 16, berkata, pasukan mereka menyasarkan untuk menjadi johan dalam pertandingan berkenaan.
Katanya, robot ciptaan mereka yang diberi nama ‘Warr Mark 17’ mampu membantu manusia menerusi aspek galian dengan meneroka sumber semula jadi di kawasan-kawasan yang berbahaya termasuk di medan perang.
“Walaupun mendapat tempat kedua dalam NRC, pasukan kami percaya bahawa robot ‘Warr Mark 17’ ini mampu membuktikan sesuatu serta dapat mencipta sejarah untuk membanggakan sekolah dan negara.
“Program seperti ini perlu diteruskan kerana jelas memberi pelbagai elemen positif serta dapat meningkatkan pengalaman dan mempamerkan kebolehan murid-murid terutama dalam bidang sains dan teknologi,”
Laporan Hari Kantin
Pada 13 Mac 2016,SMK Sultan Ismail telah mengadakan Hari Kantin. Hari Kantin itu telah diadakan bertempat di kantin dan kawasan perkarangan sekolah. Hari Kantin itu telah bermula pada pukul 8.30 pagi.
Hari Kantin telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG, Tuan Haji Razak bin Salahuddin. Objektif Hari Kantin ini diadakan untuk mengumpul dana bagi membeli komputer bagi kegunaan pusat sumber sekolah. Selain it
u, bertujuan untuk membaik pulih dan menceriakan kawasan sekolah.
u, bertujuan untuk membaik pulih dan menceriakan kawasan sekolah.
Beberapa hari sebelum Hari Kantin tersebut diadakan, guru-guru, AJK PIBG serta murid-murid begitu sibuk membuat persiapan. Antaranya, menyediakan bahan-bahan jualan dan juga menyusun atur gerai-gerai jualan di kantin sekolah.Masing-masing berganding bahu melaksanakan tugas demi memastikan kejayaan Hari Kantin tersebut.
Sebanyak 20 buah gerai telah dibuka untuk mengadakan jualan.Selain daripada makanan dan minuman yang dijual, diadakan juga pertandingan teka kacang, rumah hantu dan aktiviti menunggang kuda.Sebagai menarik perhatian para pengunjung, telah diadakan cabutan nombor bertuah. Pelbagai hadiah menarik telah disediakan.
Kehadiran para ibu bapa dan murid-murid sungguhmemberangsangkan.Ini mungkin disebabkan promosi yang meluas dilakukan oleh guru-guru melalui kertas edaran dan gantungan sepanduk.
Hari Kantin ini telah berakhir pada pukul 3.00 petang. Sebelum bersurai guru-guru dan murid-murid bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Secara keseluruhannya, Hari Kantin telah berjaya mencapai sasarannya.
Thursday, 26 May 2016
Hari ini saya akan menunjukkan video bagaimana saya mengajar
didalam assigment teknologi dan komunikasi maklumat subjek "U" pembelajaran
di UPSI.
Ini adalah video ini adalah mengenai pelajar yang baru ingin belajar cara bermain gitar.
Dengan adanya video ini diharapkan pelajar mendapat manfaat darinya.
Terima kasih kepada keluarga saya yang turut terlibat didalam pembikinan
video ini.
Monday, 4 April 2016
Assalamualaikum anak murid cikgu yang disayangi
Ini adalah kali pertama saya sebagai pelajar pendidikan muzik membuat blog bagi
menyelesaikan assigment subjek MTE yang ke dua.
Kursus ini agak menarik perhatian saya kerana buat pertama kali saya ada blog sendiri.
Perasaan yang ada dalam hati ini hanya Allah sahaja yang tahu.
Pada tanggal 6 April 2010 saya telah mencipta lagu yang dimainkan bersama rakan di atas pentas
Tempat : Panggung Budaya di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan.
Video :
Subscribe to:
Posts (Atom)